18 December 2011

KEBURUKAN TEKNOLOGI (TELEFON BIMBIT/TELEFON PINTAR)


Mengapa perlunya teknologi pada masa kini? Teknologi bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan sebagainya. Selain itu, teknologi juga dikenali sebagai kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal. Sebagai contoh, teknologi yang berasaskan kajian saintifik termaju seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih.

   Cuba lihat sekeliling kita. Apa yang kita guna semuanya berasaskan teknologi. Komputer riba, telefon bimbit, televisyen, mesin basuh, kereta dan banyak lagi. Tapi, semua perkara yang ada di dunia ini memiliki ciri-ciri baik dan buruknya. Sama juga seperti manusia. Manusia juga memiliki sifat mahmudah dan mazmumahnya bukan.  Oleh itu, dalam setiap  penggunaan kita terhadap teknologi yang terdapat pada masa kini, perlulah diteliti dengan celik akal yang waras seperti jauhari. Bukan seperti toyol yang tolol. 
       
    Teknologi yang saya ingin ulas kali ni pada skop yang luas. Teknologi tidak mempunyai sempadan. Contoh terdekat,  internet. Internet=teknologi. Tapi, saya mahu cakap fasal telefon bimbit. Telefon bimbit yang digunakan untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. Yang dipancarkan melalui satelit. Telefon bimbit yang ada pada zaman kini dihasilkan secanggih yang boleh bagi memudahkan penggunanya.  Mudah untuk mengakses carian internet, e-mel, laman sosial, berita terkini, berita sensasi, gosip, bbm dan banyak lagi. Semua ini hanya di hujung jari anda. Tetapi awas, tersilap langkah penggunaannya akan mendurjanakan anda. Anda mungkin akan memiliki perkara seperti di bawah jika tersilap langkah:







  • Telefon bimbit yang boleh mencetuskan perbalahan dan menjangkau kewibawaan diri hanya melalui  sistem pesanan ringkas yang lebih dikenali sebagai sms atau mms. Dengan adanya sistem sms ini, anda akan dapat berhubung dengan orang yang anda mahu, sesuka hati dan bila-bila masa sahaja. Syaratnya cuma perlu ada line di tempat anda dan tambahan, balance kredit! Maka, dengan itu, jika terdapat insan yang mementingkan diri, maka timbullah perkataan CURANG. Anda tahu apa itu curang? curang ialah tidak jujur, tidak lurus atau tulus hatinya. Sama seperti berbohong dan ngakal. Ngakal dalam bahasa bajau ialah menipu. Bila mana manusia ni ciptaan hatinya yang boleh berubah-ubah. Bak hipotesis yang kita belajar dulu dalam matapelajaran sains. Kenal dengan orang baru atau kawan lama, minta nombor hp, sms, buat panggilan, mms, 3g dan terus jatuh suka. Huhu. Itu untuk orang yang tidak setia (tapi boleh untuk yang single di luar sana.muhehe). Tidak kira jantina apa sekalipun boleh melakukannya. Lelaki dan wanita. Isteri atau suami. Boyfriend atau Girlfriend. Datuk atau nenek. Memang hampeh. Huaarrrggghhh. Sedar-sedar la ya. Ada batas. Sms can be good gone bad. Teknologi? Oh yeah..




  • KURANG TUMPUAN TERHADAP PELAJARAN. Mana tidak kurang. Terutamanya untuk pelajar sekolah yang degil. Mahu juga bawa telefon bimbit pergi sekolah. Adoi la. Bukan setakat di sekolah. Di rumah pun sama juga. Sibuk memanjang  layan sms, online, fb dan bermacam-macam lagi lah. Bila di sekolah pula, sms lagi sama boyfriend atau girlfriend, gosip dengan kawan, fb, browse jawapan dari internet dan banyak lagi. Tapi, kalau anda bijak seperti kancil, pandai-pandailah  anda meneutralkan diri anda dengan penggunaan telefon bimbit ini.


  • MEMILIKI DUNIA SENDIRI pula mempunyai ceritanya yang tersendiri. Dengan kata lain, tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Tidak kira tempat dan waktu. Sebagai contoh, bila seseorang remaja yang khusyuk mendengar lagu mp3 di telefon bimbit, sms, chat, tengok movie, call, main game di telefon dan banyak lagi. Mereka tidak akan menghiraukan langsung orang-orang yang berada di sekeliling mahupun menoleh. Kadang-kadang tetamu datang ke rumah pun tidak dipedulikan. Sangat tidak baik. Bagus lagi kamu baca buku. Amalan membaca amalan mulia.


  • MENUNTUT ILMU YANG SALAH. Banyak aspek ilmu yang salah. Salah satunya menggunakan telefon bimbit dengan tujuan yang salah dengan menyimpan bahan-bahan terlarang. Iaitu? Gambar porno, video porno dan seangkatan dengannya. Zaman sekarang ni tidak kira lelaki, wanita, tua, muda, ada kerja, tiada kerja dan banyak lagi akan melakukan perkara sebegitu.Banyak contoh yang lain lagi.Cari sendiri la.haha.


  • DUIT HABIS. haa. Ni lagi satu. Duit habis disebabkan salah satu faktor iaitu membeli  top-up dan bayar bil pascabayar. Selain itu, dinihari wujudnya pengeluar telefon pintar (smartphone) yang pelbagai dan berlumba-lumba untuk menarik pelanggan untuk membeli. Siapa yang tidak tertarik bukan? Tepuk dada, tanya duit dalam poket la. Haha. Membazir bila handphone lama masih boleh diguna tapi alasan yang diberikan untuk beli yang baru : “alah.sekali sekala.bukan selalu pun”, “si anu ada smartphone baharu la. I nak juga”, “bosan la mau pakai handphone ni.banyak calar sudah”. Tapi pada orang yang berduit di luar sana, beli la. Suka ati engko la labu. Huhuhu.
     


Secara tuntasnya di sini, teknologi (telefon bimbit/telefon pintar) mempunyai kebaikan dan keburukannya. Tapi macam banyak pula saya ulas keburukan. Tapi zaman sekarang ni memang hidup dengan perkembangan teknologi. Boleh fikir sendiri. Okey. Bye. Assalamualaikum.