25 May 2011

Pemanduan Anda, Bagaimana?

Pemanduan membawa maksud cara anda mengawal kenderaan anda supaya dapat berjalan di atas jalan raya dengan jitu dan smooth gitu. Bukan pemandu yang diupah untuk bawa kereta ok. Cuba tanya diri anda, bagaimana anda memandu kereta? Macam profesional ka, macam baru belajar ka, macam along mahu kejar orang tidak bayar duit ka, atau menghantam saja? Janji kereta jalan dan anda sampai ke destinasi yang dituju ba kan. Tapi mesti selamat la. Zaman sekarang ni, kita selalu jaga kereta sendirian berhad kita tu. Tapi yang sadisnya orang lain pula yang buat hal pada kereta yang disayang-sayang tu. Maksud saya, kita selalu berhati-hati bawa kereta tapi kena langgar pula oleh orang lain. Paling tidak pun kereta yang kita parking pun kena bagi pecah cermin la, tergores sana sini la, terlanggar masa orang lain masuk parking sebelah, pintu orang sebelah lebih2 buka sampai kena kereta kita la(orang yang buka pintu tu besar kali kan?harharhar) dan semua tu bikin panas. (Palis-palis).

Saya pula (Suzae) seorang pemandu yang berhemah. Esehmen. Tapi saya mempunyai beberapa kekurangan tentang pemanduan kereta ni. Haha. Kelemahan saya ialah semasa masuk parking.  Tu la. Masa ambik lesen macam minum air ja. Sekejap dan tidak mengaplikasikan cara pemanduan yang betul. Tapi faktor yang membuatkan saya tidak berapa pandai bawa kereta masuk parking ni ialah:


  1. Saya tidak dipraktikkan membawa kereta semasa ambik lesen dulu. Maksud? Di rumah tiada orang mau bagi pinjam kereta sama saya. Haha. Tapi abang saya dua ekor tu kena bagi pula oleh dorang mami dan dadi bawa kereta sebelum ambik lesen. Huh. Dorang kan lelaki. Lelaki mana yang tidak suka kereta tu ada masalah la tu. Harharhar.                                                        
  2. Saya pernah langgar rumah saya! Hahahahaha. Bikin malu ni. Masa tu saya ada lesen suda ba. Lesen P ja. P ialah untuk Percubaan ya. Bukan Paloi. Hehe. Saya guna kereta mami saya. Proton Saga Sport Edition. Proton Saga keluaran edisi ke-2. Sekarang kan edisi ke-3 suda. Saya masa tu jadi penganggur (lepasan SPM waktu tu) di rumah. Mami pergi kerja, saya pula kasi kerja kereta dia. Haha. Saya sorang ja di rumah. Dadi kerja, abang dua orang pergi belajar rajin2. dijadikan cerita, saya bawa la kereta pergi pekan beli reload hand phone. Sekali masa pulang, saya tidak pandai bagi masuk parking kereta. Sebab parking di rumah ganjil. Mau side berhabis. Saya kan tidak pandai side2 ni. Sekali pergi cuba, praakk! Terkena pula dinding rumah tu. Nasib rumah bata owh. Kalo papan kali, rumah yang rosak. Jadi kesimpulannya saya telah fobia dengan SIDE! Pulang ja mami, terus saya bagitau dia. Dan saya telah dileter untuk beberapa bulan kerana dua sebab. Pertama keluar rumah tanpa kebenaran (saya boring ba di rumah), dan yang kedua kerana kereta mami telah calar balar. Nasib bumper kereta dia masih ok. Fuh.  

    Secara telusnya, memang lelaki merupakan pemandu yang profesional jika dibandingkan dengan pemandu wanita. Jarang-jarang kita jumpa pemandu wanita yang pro gitu. Tapi ada sorang la pemandu wanita yang pro saya kenal. Bila dia bawa kereta, cun abes. Best ikut dia. Orang yang saya maksudkan ialah adik dadi saya yang paling bongsu. Saya panggil dia Baju Ja. Kalo my hubby panggil Baju Ja pula dengan panggilan Anty (auntie dalam bahasa omputih). Huhu. Babu saya ni bawa kereta jenis Dmax Isuzu bewarna putih.

(My Babu. Masa kami melancong) 


Bukti-bukti lelaki lebih pro bawa kereta dari wanita ada dalam ingatan saya. Saya tidak ambil contoh orang ternama macam Michael Schumacher la bro. Hehe.

No.1 = My Daddy

Sebab semua kereta dadi pandai bawa. Auto atau manual. Hee. Bagi ja la dia kereta apa2 pun. Lori? Pickup truck? Bas besar(bukan besar berabis la)? Kereta2 motokar? Kereta2 besar? Kereta2 kecil? Bagi ja la suma. Confirm pandai bawa. Tanpa ada sebarang masalah dalam pemanduan dan semasa masuk parking. Huhu. Tapi dadi saya ni garang bila duduk sebelah saya bila saya memandu. Ada ja yang dia tegur. Hoho. Baru kena bagi kepercayaan bawa kereta kan. Biasa la.

Selalu dadi cakap : “Nur, ngini ko laju bana mo krita?”
Translation-“Nur, kenapa bawa kereta laju betul?”
Dan saya jawab : “Laju ka?”.
Translation-“Mana ada laju pun?”. Haha.

Dan satu lagi : “Nur, ngini side tu ae oyo bana ndo’ nu?Terua kang krita jomo!”
Translation-“Nur, kenapa ko ambik side besar betul?Kena nanti kereta orang!”
Saya jawab : “Nda bah tu”.
Translation-“Pandai ba aku dadi”. Kahkahkah.

No.2 = Abang-abangku yang cumil
(Sebelah kiri Abg no.2 & sebelah kanan Abg no.1)

Sama juga la dorang ni dengan dadi. Semua kereta pun dorang pandai bawa ni. Jeles2. Hihi. Abang saya dua ekor ni pandai drift ni. Dadi pun nda pandai drift. Haha. Tapi yang abang 1st paling pandai.

No.3 = My hubby

Ni pun jangan cakap la. Tutor peribadi ni. Ececeh. Tapi dia selalu tidak suruh saya bawa kereta owh. Ni suma fasal abang-abangku yang dicintai la ni. Masih terngiang-ngiang dekat telinga saya abang pesan dekat dia ni “Jangan suruh bibi bawa kereta ah. Dia tidak pandai tu bawa kereta”. Mau ja aku tumbuk ko bang(dalam hati ja la).  Hahaha.

Ok. Cukup suda tiga. Saya mau study lagi ni. Hari ni last paper. Huhu. Wish me luck bebeh. Nanti sambung lagi. Huuaaarrrrghhh..(menguap).




1 comment:

  1. sama lah bapa kita,kalau bapa aku duduk sbelah aku,banyak jak komen,sbb 2 la aku lagi suka kalau sorg2 mandu.ahaa :D

    ReplyDelete