22 May 2011

saya tidak suka tapi saya buat?

Sebilangan manusia tidak menyedari apa yang mereka lakukan. Sama juga seperti saya. Menurut saya, manusia ni merupakan makhluk kejadian Allah yang memiliki beribu kelainan jika dibandingkan dengan makhluk ciptaannya yang lain. Bezanya, manusia diberikan akal untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Tapi ada juga sebilangan manusia tidak menyedari apa yang mereka lakukan di luar skopnya sendiri. Maksudnya? Fikir la sendiri. Saya juga menyedari yang saya turut menjadi sebilangan manusia yang melakukan kesilapan. Dan yang paling penting, melakukan kesalahan di luar sedar. Kadang-kadang tu, kesalahan yang saya lakukan melibatkan orang atau manusia lain.


Contohnya. Saya tidak suka orang bising. Tapi saya sendiri buat bising. Saya tidak suka dengar orang batuk. Tapi saya sendiri batuk. Saya tidak suka mengumpat. Tapi saya mengumpat juga. Saya tidak suka memendam kebencian. Tapi saya membenci juga. Saya tidak suka buat benda yang tidak senonoh. Tapi saya buat juga. Saya tidak suka meninggikan suara apabila berkata-kata dengan kedua ibu bapa saya. Tapi saya buat juga. Saya tidak suka membazir duit pada benda yang saya tidak perlu. Tapi saya beli juga. Saya tidak suka belajar last minit. Tapi saya selalu belajar bila esok mahu exam sudah. Semua yang saya tidak suka ni saya lakukan dalam kadar kadangkala atau kerap. Banyak benda yang saya tidak suka. Tapi saya buat juga. Kenapa? Sebab semua ni datang dari diri saya sendiri.




1. Saya tidak suka buat bising. Tapi saya sendiri buat bising.

Betul la. Kadang-kadang bila saya lupa pada sekeliling, saya buat bising pun saya tidak kisah. Lagi best sebab saya gembira dan puas. Cuma bila timing saya pula tiada mood atau selera, bila orang bising, saya pula rasa macam mahu mampus dengar orang lain buat bising. Tapi bila saya bising, saya tidak ingat orang lain. Saya sedar saya selalu juga mengganggu ketenteraman orang lain. Tapi saya buat juga. Hehe. Biarla. Tapi kesian sama orang yang panas dengan sikap saya. Kesimpulannya? Saya berharap saya sedar bila saya bising, saya mahu saya bertimbang rasa dengan keadaan orang lain. Tapi itu pun kalau saya tau orang lain panas la. Kalau saya tidak sedar, apa boleh buat la geng. Saya minta maaf. Harharhar.



2. Saya tidak suka dengar orang batuk. Tapi saya sendiri batuk.

Kenapa dengan batuk ni? Batuk ni boleh buat saya tersentak. Bila saya tersentak, dengan kata lain, saya terkejut, saya akan mengerutkan dahi saya. Tapi saya sendiri batuk. Mana la manusia tidak pandai batuk ah kawan. Mangat sep ae amun niak kinool ae. Choi bana. Tapi saya tidak kisah kalau orang batuk bila saya tidak fokus pada benda lain. Maksud? Saya tidak kisah kalau orang batuk masa saya tidak kisah.



3. Saya tidak suka mengumpat. Tapi saya mengumpat juga.

Ada apa dengan mengumpat? Sebenarnya saya punya e-kamus rosak. Laptop saya memaparkan ‘data base error’ bila saya on laptop. Tu la sebab saya gatal tangan ubah-ubah root folder saya. Macam tikus membaiki labu. Tapi nanti la suruh my hubby bagi bagus. Bila tengok atas meja pula, kamus dewan edisi keempat saya pula hilang. Orang pinjam. Tapi nanti kena bagi balik juga tu. Percaya la. Mengumpat? Pada pandangan saya, mengumpat ni macam cakap belakang juga la. Tapi ia lebih kepada bercakap mengenai keburukan, keaiban orang, sesuatu yang tidak di sukai pada seseorang (sikap, gaya, penampilan, percakapan dan banyak lagi) tanpa pengetahuan orang tersebut. Tapi kenapa manusia suka mengumpat? Sebab memang tabiat manusia kali. Bahan mengumpat ni macam jadi sesuatu inspirasi. Kenapa mengumpat itu dosa? Sebab secara logiknya, apabila kita bercakap sesuatu tanpa tuan punya badan ada di tempat berkenan, ada kemungkinan 99% benda yang diperkatakan adalah tidak benar dan jitu. Tapi kalau kita nampak sendiri dengan mata kepala? Ada peratusan juga salah. Kenapa pula? Sebab kita nampak sahaja. Bukan kita tanya pun. Pandai-pandai ja buat ulasan sendiri 8000 patah perkataan. Kita tidak tahu cerita sebenar. Maka dari sinilah kita tahu yang mengumpat ni mengundang bahana neraka bila umpatan menjadi fitnah. Dalam pepatah Arab yang telah diterjemahkan “mengumpat lebih kejam dari membunuh”. Bahaya. Mengumpat juga boleh mengundang masalah besar yang lain iaitu pergaduhan. Bila si polan cerita pada si polan satu lagi, polan yang lain lagi cerita, sampai pula pada kawan baik yang diumpat. Yang kena umpat ni pun tau la yang dirinya sedang hangat jadi bualan orang. Maka bila terkena pada orang yang panas baran, mampus la kau kena maki. Paling sikit pun kena sekat jadi list kawan yang baik. Jalan terbaik ialah tanya pada tuan punya badan. Tapi saya malu pula tau tanya-tanya orang ni. Nanti orang cakap penyibuk. Ni la penyakit penyibuk ni juga masalah besar. Penyibuk yang dasar penyibuk. Penyibuk+perepot=habislah kau kawan. Kesimpulannya, jaga diri masing-masing. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.



4. Saya tidak suka memendam kebencian. Tapi saya membenci juga.

Ya. Saya memang tidak suka kebencian. Sebab rasa benci ni macam meletakkan sebiji batu berwarna hitam dalam hati yang berwarna merah tua yang pekat. Bila kita benci, banyak la penyakit lain yang keluar ni. Banyak la. Cari la apa penyakit berjangkit benci ni. Tapi saya kadang-kadang ja membenci ni. Saya jarang juga benci orang. Jangan risau wa kawan. Saya cool but fool juga kadang-kadang. Tips untuk menghilangkan rasa benci ialah buat biasa sahaja. Tarik nafas, hembus nafas, mengucap dua kalimah syahadah dan ingat yang kita ni manusia. Boleh benci perlakuan yang tidak menyenangkan sahaja. Bukan orang yang melakukannya. Kerana diri kita juga adalah manusia. Ada kan yang hadis tu. Ingat juga, tapi macam lupa. Paling sikit pun memerangi perbuatan yang kurang menyenangkan ni dengan membenci. Ulang lagi balik ‘perbuatan kurang menyenangkan’, bukan orang. Ni fasal kurang membaca la ni jadi begini. Membaca la tentang agama sendiri. Perbaiki diri.



5. Saya tidak suka buat benda yang tidak senonoh. Tapi saya buat juga.

What do you mean? Haa..apa ini? Benda yang tidak senonoh. Terlampau abstrak. Banyak spekulasi akan terjadi bila saya mengulas tentang perkara ini. Choi.



6. Saya tidak suka meninggikan suara apabila berkata-kata dengan kedua ibu bapa saya. Tapi saya buat juga.

Ni yang kadang-kadang buat hati saya pilu. Dadi dan mami, aku minta maaf ah. Aku banyak ni buat kamu sakit hati. Hmm. Saya tidak suka ni. Saya dalam proses untuk memperbaiki diri saya. Tanpa ibu bapa, saya tidak akan dapat apa-apa. Selalu saya kawal diri saya bila bercakap dengan mereka. Dijadikan cerita, masa saya di sekolah berasrama penuh dulu, saya selalu juga buat panggilan guna public phone. Ada la kawan saya terdengar perbualan saya dengan mami saya. Terus kawan tu pun tegur “aik? Kenapa bercakap dengan mama ko KAU AKU?” dan saya pun jawab la “biasa sudah”. Adoi. Macam kurang hajar juga kan. Memang pun. Bila di rumah tu kadang-kadang mesti saya jawab kasar ni. Rude betul ko ni tau. Banyak dosa buat begitu. Tutup cerita la kawan.



7. Saya tidak suka membazir duit pada benda yang saya tidak perlu. Tapi saya beli juga.

Bila saya baca news online berita harian, saya macam ada kesedaran kendiri ni. Kita punya Timbalan PM kata sekarang ekonomi meleset. Semua harga barang pun naik. Jadi rakyat Malaysia disarankan agar tidak membazir wang terhadap barang-barang yang tidak menjadi keperluan. Tapi saya kadang-kadang membazir juga. Contohnya saya masih ada dompet yang masih boleh digunakan, tapi saya tetap juga mahu beli yang baru. Baru koyak sikit pun. Dari situ saya boleh tau juga pembaziran telah berlaku. Apa la ko buat dengan dompet yang koyak sikit tu? Aku letak di rumah dekat almari. Tidak kena guna. Jadi apa la kejadian macam tu? Kesian orang yang tiada dompet. Banyak lagi la. Bazir makanan pun saya selalu nampak orang buat. Tapi saya jarang la bazir makanan. Harharhar. Sebab saya kuat makan. Si lomboon. Hehe.



8. Saya tidak suka belajar last minit. Tapi saya selalu belajar bila esok mahu exam sudah.

Macam sekarang ni la. Saya tau kawan-kawan saya semua sedang sibuk buat ulang kaji. Tapi saya pula? Buat ni karangan. Memang la dasar suka buang masa. Ni adalah 5 penyakit kronik saya yang teratas. Ada keburukan belajar last minit ni. Pelajaran susah mahu masuk. Susah mahu faham. Susah la ba. Tapi saya tau sudah susah, tapi buat juga. Sit tul tau. Lepas ni tidur la ni. Kenyang makan. Hmm. Saya kadang-kadang suka belajar bila ada mood. Habislah bila tiada mood. Satu apa pun tidak jalan ni. Sampai bila mahu jadi begini? Berubahlah.

2 comments:

  1. wah wah wah .. nice nice.. paling best part e-kamus rosak.. haha

    ReplyDelete
  2. Aha.. :p suda jg ko baca kwn..muhehe..qalis

    ReplyDelete